Bantahan penduduk S19 dan S23 Demonstrasi_kepala_lembu

Penduduk berugama Islam di Seksyen 23, Shah Alam tertanya-tanya dan tidak setuju kuil [Hindu]] dibina berhampiran kawasan perumahan mereka. Kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk . Penduduk Seksyen 23 mahu kuil S19 dipindahkan sahaja ke S22 iaitu di kawasan industri, bukan di S23. Lagipun penganut Hindu S19,S22 dan S23 sekitar 20 % sahaja. Rumah YB Rodziah Ismail selaku Adun Batu Tiga dikatakan di SS19. Penduduk S23 tidak diajak berbincang walaupun pejabat Adun terdapat di situ.

Penduduk Melayu di Taman Ixora S23 diminta bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat majmuk. Penduduk Melayu tentu akan sama tersinggung jika penduduk Klang yang ramai India membantah pembinaan masjid dan surau. Selama ini orang Melayu tidak pernah membantah kuil-kuil yang dibina di kawasan ladang atau di kawasan majoriti India kerana mereka berjauhan. Banyak juga masjid dan surau di Malaysia yang bersebelahan dengan kuil dan gereja seperti di Teluk Intan dan di Singapura .

Memorandum bantahan telah diserahkan kepada Rodziah Ismail menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos 2009.Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf mendakwa kuil S23 di atas tanah perindustrian milik PKNS tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 % penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah Taman Ixora S23. [1][2]

Kuil di S19 dipindahkan kerana berada di depan rumah orang (8 meter) sahaja. Kesesakan berlaku apabila pihak pihak kuil mengadakan upacara .

Minit mesyuarat ditandatangani oleh Rodziah Ismail dan Khalid Abdul Samad bertarikh 7 Mei 2009 meluluskan cadangan itu setelah berunding dengan pengguna kuil S19 tetapi tidak berunding dengan penduduk S23. Pemindahan kuil itu bersyarat iaitu :

  • Seluruh lot tanah kuil diwartakan sebagai milik kuil dan setengah ekar (0.2 hektar) untuk kuil manakala bakinya kawasan lapang atau tempat letak kereta.
  • Kuil sedia ada di Seksyen 19 masih boleh beroperasi sehingga hujung tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap sepenuhnya.[3]

Rujukan

WikiPedia: Demonstrasi_kepala_lembu http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malaysiakini.com/news/112115 http://malaysiakini.com/news/112122 http://malaysiakini.com/news/112226 http://www.malaysiakini.com/news/119243 http://www.malaysiakini.com/news/138418 http://www.youtube.com/watch?v=hBKOt84OhDY&eurl=ht... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8...